Click for Singapore, Singapore Forecast

My OBS Journey

Day : I | II | III | IV | V | VI| VII | VIII| IX| X & XI| XII | XIII

Tuesday, June 9, 2009

Bahasa Melayu Malaysia

Saya sedang berbaring memandang siling putih dan kipas yang berputar-putar apabila tertibanya saya terfikir bahawa saya sudah pun menggunakan Bahasa Malaysia untuk lebih dari satu dekad (sebenarnya hampir dua dekad). Walaupun sedemikian, saya tidak dapat ingat bilanya kali terakhir saya telah menulis esei dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, saya terfikir idea yang "bernas" sekali untuk mengepos mesej ini dalam bahasa kebangsaan hanya untuk keseronokan dan menguji penulisan diri saya sekali lagi.

Bahasa Malaysia; saya tidak memahami mengapa orang ramai berasa hairan apabila saya bertutur dalam bahasa ini dengan rakan-rakan sebaya saya sewaktu saya belajar di sekolah. Saya boleh dikatakan agak fasih berbahasa Malaysia dan juga sentiasa mendapat prestasi yang lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia berbanding dengan rakan-rakan Melayu saya yang lain. Ya, saya bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan rakan-rakan saya yang berbangsa Cina walaupun kami sebenarnya boleh memilih untuk berinteraksi dalam bahasa Cina. Saya tidak pernah berasa keberatan atau segan apabila berbuat sedemikian tetapi dari pandangan orang lain, mereka mesti berfikiran bahawa saya (dan rakan-rakan saya) mempunyai masalah otak. "Mengapa orang Cina tidak mahu bertutur dalam Bahasa Cina?". Dari pandangan saya, apa masalahnya bertutur dalam Bahasa Malaysia antara orang Cina? Saya berbangsa Malaysia dan menggunakan Bahasa Malaysia. Masalah? Saya rasa tidak. Masalah sebenar ialah caranya orang berfikir. Saya tidak pernah berasa pelik apabila melihat orang India bertutur dalam Bahasa Malaysia antara satu sama lain. Saya rasa ia adalah amat biasa. Saya masih ingat seorang kawan Cina saya yang selalu bertutur dalam Bahasa Malaysia dan enggan sama sekali bertutur dalam Bahasa Cina walaupun dipaksa untuk berbuat demikian sehingga saya berfikiran bahawa dia tidak tahu Bahasa Cina langsung. Hanya setahun atau dua yang lalu saya baru mendapati bahawa dia sebenarnya mengetahui lebih banyak dialek Cina daripada saya. Betapa malunya saya kerana memandang rendah dia sebelum ini.

7 tahun telah pun berlalu sejak saya berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan rakan-rakan sebangsa saya. Ini bukannya kerana saya berasa malu untuk bertutur dalam bahasa ini, tetapi ini adalah kerana kehidupan saya sewaktu di universiti telah melatih saya untuk bertutur dalam kebanyakan Bahasa Inggeris dan mungkin Bahasa Cina sekali sekala. Sehingga sekarang, saya masih mendapati orang ramai masih tidak berubah. Contoh yang paling baik ialah bila saya bermain permainan on-line bersama kawan kawan saya di mana kita mempunyai tabiat untuk mengetaip Bahasa Malaysia dicampur dengan Bahasa Inggeris apabila berbual. Saya berasa sangat tersinggung kerana hampir setiap kali kami berbuat demikian, mesti ada pemain lain yang membalas "you malay?". Saya akan membalas "Nop, i'm chinese". Kemudian mereka akan tanya, "wtf? chinese also speak malay?" atau ayat ayat lain yang memberi makna yang lebih kurang sama. Pada pandangan saya, apa salahnya berbual dalam Bahasa Malaysia? Adakah saya melanggar undang-undang apabila berbuat begitu? Kalau tidak, apakah masalah mereka?

Saya mesti mengaku, sejak dari hari saya berhenti sekolah menengah, saya tidak pernah mendengar sepatah perkataan Bahasa Malaysia pun yang bertukaran antara dua orang Cina, kecuali saya dan rakan-rakan saya sekali sekala. Saya tidak tahu sama ada ini adalah perkara yang biasa, ataupun ini adalah kerana orang masih berfikiran bahawa Orang Cina tidak patut bertutur dalam Bahasa Malaysia sesama sendiri. Ataupun adakah ini bermakna bahawa saya luar biasa?

Walau apa pun yang berlaku, saya masih berbangga mempelajari bahasa yang unik ini kerana saya tahu bahawa ini adalah lagi satu bahasa yang bukannya dapat difahami atau dipelajari sewenang-wenangnya oleh orang asing. Diharap, sesiapa yang membaca pos ini, akan mengambil masa seketika untuk memikirkan sama ada apa yang telah dikatakan oleh saya adalah benar :) Have a good day. Oooppss...salam sejahtera, dan terima kasih kerana mendengar repekan saya.


P/S - Translasi boleh dibuat atas permintaan :P Translation is available upon request :P

6 comments:

fthis. said...

penulisan yang mantap.
saya amat meng-agree ada banyak cina pukimak yang pandang rendah pada orang yang berbahasa malaysia tetapi otak sendiri yang kosong ala noob feeder.

mashi83 said...

Esei yang bagus. Tetapi terdapat berberapa perkataan yang salah.Lol
Kawan kawan sepatutnya ada simbol "-" kalau tidak silap saya. :P Saya rasa hairan kenapa Cina tidak boleh bercakap Bahasa Melayu. Bukankah ini kebanggaan Orang Cina kerana orang Cina dapat menguasai berbagai bahasa? Kalau rakyat Malaysia tidak pandai Bahasa Malaysia, apa guna tinggal di Malaysia?

Anonymous said...

Pertama sekali, tahniah di atas penulisan yg baik ini..saya rasa bangga dengan anda sebab masih mampu menguasai Bhs malaysia dengan baik (kekurangan msh boleh di perbaiki)..ini adalah blog chinese pertama yang saya jumpa ada tulisan dalam bhs melaysia..cubaan yang mengagumkan kerana saya juga bukan melayu tp menyayangi bhs malaysia sbb kita boleh bercakap bhs malaysia jika berada di negara kita shj di kebykan masa, jadi patut gunakan peluang ini..saya rasa 'foreigners' juga suka bercakap guna bhs malaysia jika mereka pandai..yang saya hairankan, di luar sana ramai bangsa melayu yang suka berlagak mempraktikkan bhs inggeris wlaupun bercakap sesama bangsa melayu sendiri...apapun cuma individu itu sendiri yang tahu dan bagaimana usaha kita sbg rakyat malayisa untuk menanamkan dan membawa nama malaysia di luar sana...guna bhs malaysia di dalam percakapan tidak bermakna kita tidak maju, tetapi menunjukkan semangat kita yang utuh sayangkan negara yang kita diami ini...ada satu pepatah melayu yang saya masih ingat, "biar mati anak, jangan mati adat"..selamat berjaya!

Unknown said...

Hey anonymous, terima kasih kerana membaca blog saya. Saya berasa terkejut kerana masih ada orang yang dapat mencari pos ini walaupun sudah lama and tertanam begitu jauh sekali dalam blog ini. Saya juga berasa terharu kerana masih ada orang yang berkongsi perasaan and fikiran dengan saya. :)

Anonymous said...

Hi Eugene! Im the Anonymous for the above posted comment...u r welcome..yup, actually for me it is quite easy nowadays for us to speak in English rathen than in Malay as we need to deal with many people with various races..but when i found ur writing in ur blog here, it was just awesome that u still 'have a heart' to speak in Malaysia's language tho u r being an abroad pilot and very rare to be in the country...i love ur blog very much..it stories ur experiences and lots of knowledges..with ur current life maybe its hard for u to keep updating ur blog all the times but u should keep up to maintain this blog...its still can be found easily, dude so no worries...many people will read it...not only ur friends, as i do ;)...im so sorry for not using the Malaysia's language in this comment...as i told earlier on, its more convinience for most of us to deal in English...but not to put aside our unique language at the same time..well, wish u good luck flying with colors and hope to read more stories in ur upcoming journeys..cheers!

Anonymous said...

...forgot to add this for the above comment, tho ur essay sounded hilarious but it is fun and amazed...hehe...so put some more post in bhs malaysia okay! ;)